Pages

Wednesday, June 19, 2013

Kisah Che Wel

Tersebut kisah seorang pesakit mental bernama Che Wel telah memanjat dan berada di atas pokok kelapa dari pagi hingga ke petang. Puas ibubapa, adik beradik, saudara mara serta orang kampungnya memujuk supaya dia turun namun tidak diendahkannya. Selepas letih memujuk, ada seorang mencadangkan supaya dikenakan ugutan. 

Setelah dibenarkan oleh keluarga pesakit tadi, orang yang mencadangkan itu mengambil kapak dan berpura-pura ingin menebang pokok kelapa itu tadi. Jangankan takut malah tindakan orang itu ditertawakan oleh Che Wel.

Kemudian ketua kampung mencadangkan supaya dipanggil orang yang sakit mental juga untuk berurusan dengan pesakit mental seperti Che Wel ini. Lalu dipanggilah En. Ngong yang rumahnya berdekatan untuk menjayakan misi ini. 

Sebaik tiba, Encik Ngong pun mengeluarkan sebilah pisau cukur dan menjerit kepada Che Wel yang berada di atas pokok itu ..

"Baik kau turun sekarang, kalau tidak aku tebang pokok ini" sambil dia menunjukkan pisau cukur yang ada di tangannya. Tetiba Che Wel yang berada di atas pokok itu menggelungsur turun dengan sangat lajunya.

Orang ramai pun tercengang dan salah seorang di antaranya bertanya kepadanya:

"Tadi ada orang nak tebang pokok itu dengan kapak engkau tak takut, tapi bila dia tu nak tebang dengan pisau cukur, kenapa pulak engkau takut sangat ?"

Dengan muka yang bersungguh-sungguh Che Wel itu menjawab ..
"Che Ngang tu kan ge gila .. orang gila bukan boleh kira sangat"

0 comments:

Post a Comment